Name:
Email Address:
Phone Number
Delivery address
Item Code and quantity
Payment to CIMB
Maybank
Others

Get your own free form like this one.

Monday, 3 May 2010

Cara memakai selendang Pashmina Bahagian 1

Semalam lepas upload gambar dalam FB ingatkan nak tulis blog, tapi ngantuks maka tidur je la dulu kan.. Ok, hari ni saya ingin berkongsi cara-cara memakai selendang pashmina yang ada di sini.

Selendang pashmina ini, kainnya agak kasar (macam guni sket), lebih lebar berbanding selendang biasa, senang dibentuk/diselit/dililit dan sebagainya. Kalau anda rasa diri anda kecik, pendek cute, tembam atau terlalu kurus dan merasakan owhhh besarnya selendang ni rasa nak potong je *sambil ambik pembaris dan ukur*, jangan risauuuuuu... saya akan berkongsi teknik memakai selendang ini agar anda tetap nampak comel *senyum semua*. teheeeee.. Saya pun cute je bukan tinggi sangat orangnya.. ok, jom start!

Mula-mula, pilih satu hujung tudung dan lipatkan bentuk segitiga macam ni..


Nampak kan rambu ramba tu saya alignkan sama dengan tepi tudung a.k.a sorokkan :P

Pastu letak kat kepala dan pinkan di bawah dagu.. macam pakai tudung segiempat lipat jadi segitiga tu.. Disebabkan selendang ini keras, maka ada la awningggg.. Biarkan sebelah pendek sebelah panjang k..
owwhh muka macam belum mandi malam, tapi time ni dah wangi.. salahkan photographer.. *larikkkk*


Kemudian, ambil bahagian yang panjang tadi dan lilitkan ke atas. Sambil lilit tu ejas la bahagian depan tu agar cantek. Jangan la digompol2kan.. Nanti nampak mok2 (macam leher kena beguk). Hihihihi....

Selepas satu pusingan selitkan dulu bahagian tepi tudung di bawah dagu.. uikss, muka tiba-tiba bulat sebab excited nak menghampiri camera tunjuk tengah selit tudung.. *saya malu* Hahaha..


Kemudian, lilitkan sekali lagi.. kiranya 2 kali lilit la. Sambil betulkan bahagian belakang dan depan agar kemas k.
Posing tepi pulak ok, konsep variasi... hikhik

Lepas dah kemas, bawakan hujung yang lilit tadi tu ke tepi dan pinkan di tepi kepala. Suka hati la nak pakai peniti ka, jarum warna warni ke, paku ke.. janji lekat okeh!

Akhirnya, taraaaaaa... dah siap *pencahayaan kurang k*. Bahagian depan tu boleh diejas mengikut kesesuaian/kehendak pemakai yer.. nak labuh ke pendek ke senget ke.. hihihi..


Amacam?? Ada brannn?? Hahahah.. Boleh la mencuba yer.. Kalau seisapa yang belum ada pashmina, kat sini ada banyaaaakkkk pashmina k.. Enjoy!!

No comments:

Post a Comment